Friday, 6 April 2012

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Sebelum jam berdering, seorang ibu sudah terjaga dari tidur. Pelbagai yang bermain di fikiran, segala tugasan perlu diselesaikan hari ini. Tiga heroku perlu dijaga dengan baik. Begitu juga dengan tugasku sebagai seorang guru yang mendidik anak-anak bangsa yang baru memulakan kehidupan. Biar apa pandangan dan tanggapan sekeliling, yang pasti aku inginkan sebuah kejayaan untuk anak-anak didikku. Namun begitu, aku perlu berusaha keras untuk mengecapi erti kejayaan sebenar.